Resipi asli kuih wajik hanya menggunakan santan dan gula melaka sebagai perisa utama. Sesetengah chef pula menggunakan durian sebagai variasi. Namun pernahkah anda mencuba wajik cheese? Agaknya bagaimanakah rasa bila santan dan keju dicampur bersama dalam makanan? Rasa lemak? Pelajar-pelajar 5 Katering telah mencuba resipi ini semasa kelas amali. Hasilnya agak mengejutkan kerana resipi ini berjaya menambat hati Pengetua SMK Datuk Peter Mojuntin yang membuat kunjungan 5S ke bengkel katering semasa kelas amali berlangsung. Mahu mencuba? klik menu Resipi.
Rasa-rasanya resipi ini sedap tak? Tak salah mencuba....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan