BAHAN-BAHAN:
Kuning Telur 4 biji
Gula Kastor 100 g
Susu Cair 375 ml
Krim Putar 125 ml
Coklat Masak (dicarik) 75 g
Coklat Masak (dicarik) 75 g
HIASAN:
Wafer 4 Keping
Krim Putar 100 ml (4 camb)
Ceri 4 Biji
CARA PENYEDIAAN:
1. Cairkan coklat dengan menggunakan double boiler. Kepingan coklat perlu dikacau perlahan-lahan di atas air panas sepanjang proses ini. Pastikan air panas tidak terpercik ke dalam coklat kerana ia akan merosakkan tekstur coklat.
2. Masukkan coklat ke dalam periuk, masukkan susu sedikit demi sedikit sambil dikacau.
3. Masak perlahan sehingga mendidih. Angkat periuk dan biarkan selama 30 minit.
4. Enjut kuning telur dan gula hingga pekat dan hampir putih. Masukan bancuhan susu dan coklat cair sambil dienjut.
5. Panaskan adunan perlahan-lahan, sambil dikacau sehingga adunan memekat dan menyalut belakang senduk (nappe). Pastikan adunan tidak mendadih.
6. Tapis dan sejukkan.
7. Masukkan krim dan kacau rata. Tuangkan ke dalam alat membuat aiskrim (jika ada). Jika tiada alat, tuangkan adunan ke dalam bekas plastik dan bekukan.
8. Selepas 1-2 jam (bancuhan telah beku), putar untuk memecahkan kristal ais. Bekukan semula dan putar lagi. Ulang proses ini sehingga kukuh dan tekstur aiskrim diperolehi. Tutup bekas dan biarkan aiskrim beku.
9. 20 minit sebelum menghidang, pindahkan aiskrim ke dalam peti ais untuk melembutkannya.
10. Sendukkan aikrim dan hias dan wafer, krim putar dan ceri mengikut kreativiti.
BUNCIS DAGING HITAM
Orang cakap susah nak masak masakan yang sedap-sedap ni. Tak semestinya. Banyak masakan yang ringkas penyediaannya tetapi sangat enak dimakan. Kalau tak percaya cubalah masak hidangan Buncis Daging Hitam ni... Sebelum tu cikgu nak tanya sikit... perkataan buncis tu berasal dari mana? aha... sebenarnya perkataan buncis dipinjam daripada perkataan 'boonjtes' - bahasa belanda.
Bahan-bahan:
Buncis 300 g
Daging batang pinang 300 g
Minyak masak 30 ml
Bahan pemerap:
Bawang putih-cincang 15 g
Serbuk lada hitam 10 g
Kicap manis 30 ml
Air halia muda 15 ml
Sos tiram 45 g
Tepung jagung 20 g
Gula dan garam 10 g
Hiasan:
Bijan goreng 10 g
Lobak merah 1/4 batang
Daun ketumbar 1 tangkai
Cara memasak:
a. Gaul daging bersama-sama bahan pemerap di dalam mangkuk selama 1 jam.
b. Didihkan air, celur asparagus dan refersh.
c. Panaskan minyak, goreng setiap kepingan daging sambil dibalik-balikkan.
Selamat mencuba!
WAJIK CHEESE
Bahan-bahan:
Beras pulut (dikukus) 1 kg
Santan kelapa 500 gm
Gula melaka 500 gm
Gula perang 200 gm
Susu sejat 125 ml
Cheese cream 250 gm
Cara memasak:
1. Masukkan santan, gula melaka dan gula perang dalam kuali. Masak hingga mendidih.
2. Gaul hingga menjadi pekat dan perang.
3. Masukkan cream cheese, kacau sebati.
4. Masukkan nasi pulut, kacau hingga sebati.
5. Angkat, masukkan dan mampatkan dalam bekas atau acuan yang sesuai.
6. Hidang selepas kuih wajik sejuk.
WAJIK CHEESE
Bahan-bahan:
Beras pulut (dikukus) 1 kg
Santan kelapa 500 gm
Gula melaka 500 gm
Gula perang 200 gm
Susu sejat 125 ml
Cheese cream 250 gm
Cara memasak:
1. Masukkan santan, gula melaka dan gula perang dalam kuali. Masak hingga mendidih.
2. Gaul hingga menjadi pekat dan perang.
3. Masukkan cream cheese, kacau sebati.
4. Masukkan nasi pulut, kacau hingga sebati.
5. Angkat, masukkan dan mampatkan dalam bekas atau acuan yang sesuai.
6. Hidang selepas kuih wajik sejuk.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan